Rabu, 3 Julai 2013

Baby Danial....





Sedapnya saya tido.....
  • Alhamdulillah....kerana dipinjamkan lagi jasad ini....Syukur sangat2...Sudah lama aku tidak mengedit blog ini...Untuk pengetahuan semua aku sudah memiliki cahaya mata yang baru berusia 6 bulan...Namanya Muhammad Danial bin Ramali...Baby comel ini dilahirkan pada 8 Januari 2013 pada jam 12.10 am.Aku masih ingat di saat melahirkannya air ketuban ku sedikit.Biasanya anak pertama dan kedua ku rasa basah teramat sangt tetapi ketika melahirkan bby Danial ini ku tak rasa basah.Itulah kuasa Tuhan...Syukur segalanya selamat...Terima kasih pada Jiran tetangga yg dtg ke rumah ketikaku di dalam pantang begitu juga adik beradik dan sahabat seperjuangan.Allah Taala sahaja yang dapat membalas segala jasa mereka....

Isnin, 27 Ogos 2012

Syukur Ke hadrat Ilahi..

Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaanmu.Moga bertambah lagi rezekiku sekeluarga.Hari ini sudah 10 Syawal 1433...Syukur sangat2 kerana diberi kekuatan unutk meneruskan hidup ini moga bertambah nikmatnya hidup ini begitu juga di akhirat kelak.Walaupon pelbagai dugaan yang melanda moga aku tabah menghadapinya...Beberapa hari sebelum Syawal menjelang tiba kami diduga oleh Allah,iaitu kami kehilangan sebuah motosikal..Motosikal itu seperti biasa diletakkan didalam garaj rumah.Apabila aku selesai bersahur aku melihat suasana luar rumah.Aku terkejut apabila aku dapati pintu pagar rumah ku terbuka dan motosikal sudah tiada,Pada waktu itu jam 5.30 am.Sehingga kini ia tidak dapat kembali.Laporan polis sudah dibuat tetapi nak buat macammana mungkin pencuri yg tak berakal itu sudah menceraikan badan2 motosikal dan menjualnya.Aku Rehda dengan ketentuan Allah.Kini sukar bagi kami untuk menghantar anak ke sekolah.NAmun bersyukur kerana ada kenderaan lain....Insya Allah jika ada rezeki lebih kami ingin membeli motorsikal baru.Moga dipermudahkan segalanya....

Rabu, 18 April 2012

Habis Sudah

Salam satu Malaysia...Alhamdulillah tinggal seminggu je lagi aku akan tamat praktikum....Syukur sangat2..Terima kasih kepada Dr Arief Salleh dan En.Ali atas tunjuk ajar kalian...Semoga Allah sahaja dapat membalasnya....InsyaAllah tinggl 2 sem sahaja lagi..kalau x de masalh berakhirlah sesi berulang alik ke UTM Skudai lagi....Moga dipermudahkan segala urusan...

Ahad, 13 November 2011

13.11.2011 Ahad..2 peiristiwa sempena 11.11.11 bIrThDaY MuHaMmAd SyAhMi BiN RaMaLi dan Hari Anugerah Kecemerlangan


Semalam 13.11.2011.Anak ibu Athilah telah menyertai nasyid di sek PASTI Taman Yasasan..Tahniah anak ibu juga kerana berjaya menerima hadiah kecemerlangan walaupun di tempat yg ke-lima.Ibu menghargainya..Semoga menjadi anak yg bijak dan cemerlang.





Tahniah Anak ibu




Selamat Hari Lahir Anakku Muhammad Syahmi.Semoga menjadi anak yang cerdik dan dapat membanggakan Ibu dan Abah..

Semoga anak ibu lebih matang..bijak berfikir dan menjadi anak yang Solehah.

Ibu Dan Abah buat majlis harijadi Syahmi lewat disebabkan kesibukan dengan tugasan harian.



SeLaMaT HaRi LaHiR MuHaMmAd SyAhMi YaNg Ke - 8 TaHuN.

Selasa, 8 November 2011

Insan bernama guru...

Setiap hari aku akan bersiap-siap untk ke sekolah...Jam 2 petang mesti dah ada di sekolah.Aku ke sekolah dengan menaiki kereta.Biasalah aku akan drive sendiri.Tugasku bermula jam 2 petang ,mendidik anak murid tahap satu antara umur 7 hingga 9 tahun.sehingga jam 3.30ptg.Sesi kedua bermula jam 3.30 hingga 6.30 bagi murid tahap dua pula.antara umur 10 hingga 12 tahun..tapi ada juga pelajar yang sudah berumur 13 hingga 14 tahun.

Macam2 pristiwa ku alami sepanjang tugasku sebagai guru.Ada pahit dan ada yang manis..Di sini saya ada satu cerita dimana masa tu tahun 2009..Ada seorang pelajar namanya Mohd *****....memang nakal biasala budak2...suatu hari tu aku terlihat dia main2 di perpustakaan..jadi aku pon marah dan ingin mencubitnya...malangnya hanya kena pada bajunya...dia berlari pantas sehingga menyebabkan dia terlanggar aku lalu ku jatuh....tidak semene-mena tiba2 kakiku sakit..aduh....tuhan sahaja yang tahu sakitnya...kakiku terkehel..aku meminta bantuan kawanku untuk megurutnya.

Namun ia tidak mengurangkan kesakitanku..aku menahan kesakitan.Lantas ku terfikir untuk ke klinik.Aku menelefon suamiku,meminta ia mengambilku di sekolah dan menbawaku ke klinik..Didapati kakiku memang terseliuh..Doktor hanya bagi ubat tahan sakit dan cuti 2 hari...Di rumah aku kesakitan lagi..aku x dapat berdiri dan berjalan betul.Sakitnya nak solat pon payah...Aku berurut di merata tempat..Akhirnya kakiku sembuh kembali setelah sekian lama menahan sakit...di sekolah pelajar itu dikenakan denda oleh guru lain.

Selepas kejadian itu ia tidak hadir ke sekolah beberapa minggu..Tahun hadapannya aku menjadi guru kelas dia.Kenakalan dia tetap ada,biasa la lelaki ego...Bila tiba waktu nak periksa UPSR dia datang kat aku,dia salam aku dan mohon ampun...X mengapa lah aku ampunkan.Mudah-mudahan dia menjadi insan berguna...Amin...

Begitulah menjadi seorang guru,macam2 dugaan yang akan ditempuhi..



~Selamat Memuliakan Guru, Menghargai Jasa dan bakti guru~

Ahad, 6 November 2011

Selamat tengah hari.....Hari ini aku berada di rumah ibubapaku..insyaAllah petang ni kami akan pulang ke rumah Segamat..Hari tu berangan nak buat kek coklat....berangan nak kukus pulak tapi nampaknya x tercapai impian tu.Maklum la rumahku x de pengukus..heee...nanti la beli...sian aku...anakku athilah suka sangat kek coklat..InsyaAllah ibu akan buat lagi nanti...kalau ada masa lapang ibu akan buat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan Indah

Cuti cuti Malaysia