Isnin, 12 Oktober 2009

Aktiviti Hujung Minggu saya


Bersama kakak saya yang sulong. Norsila bt Ibrahim.

Adik beradik perempuan seibu sebapa.


Seperti biasa saya akan pergi ke UTM Skudai untuk belajar setiap hujung minggu secara jarak jauh. Saya belajar untuk mengambil Diploma Pendidikan tajaan Jabatan Agama Johor. Maka saya perlu berkorban masa, tenaga dan segalanya untuk meneruskan kerjaya saya. Tinggallah anak2 bersama suami tiap hujung minggu...

Minggu lalu, seperti biasa perjalanan pulang ke Segamat, saya akan singgah di Ayer Hitam rumah ibu bapa saya. Sewaktu kuliah kakak saya yang sulong beri SMS bertanyakan adakah saya belajar di UTM pada hari tersebut. Waktu itu kakak saya berada di Batu Pahat kerana ada urusan. Setelah berbincang, kami berjanji untuk pulang ke Segamat bersama-sama. Saya tiba di rumah keluarga saya lebih kurang pukul 4 petang dan kakak saya tiba lebih awal 30 minit.

Di rumah mak, kami bukalah blog kakak dan adik saya azah supaya emak dan ayah dapat melihat perkembangan cerita dalam blog kami adik beradik. Waktu ini kami sedang merindui adik kami Nabilah yang baru berangkat ke Mesir 3 Oktober lepas, bila buka blog yang ada cerita tentang Bella hilang sedikit kerinduan. Tapi bila buka wall Facebook Azah, secara tak disangka air mata kami berguguran....... bukan apa, sayu bila lihat video yg azah rakamkan semasa detik2 perpisahan dengan Bella. Semoga Bella sentiasa sihat dan dapat menuntut ilmu dengan tenang.

Lebih kurang pukul 5 petang, saya dan kakak saya mula bertolak pulang ke Segamat. Perjalanan kami ke Segamat memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Tapi.....Kakak saya kata nak saing... dia pulak yang pecut dulu dan sampi Segamat dulu... huhuhu... Saya tak berani bawa laju2 sebab meter kereta saya rosak & tak dapat mengesan berapa kelajuan yang saya pandu.

Alhamdulillah...kami selamat sampai ke Segamat juga.

2 ulasan:

  1. time kasih long tapi kita tinggi sangat dan bongkok he,bukan uitm tapi utm skudai..

    BalasPadam
  2. waaaahh.....! cantek lah blog didah....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan Indah

Cuti cuti Malaysia