Selasa, 22 Disember 2009
Asslamualaikum....Alhamdulillah pada hari Jumaat yg lalu 18hb 12 aku dan suami serta anak2 telah pulang ke kampung Bota kanan Perak,kampung suamiku...Kami bertolak selepas solat asar dan jam 12.30 malam kami selamat tiba di rumah ibu mertuaku..Perjalanan mengambil masa 7 jam untuk sampai ke sana.Sampai disana ibu mertuaku sudah menyediakan tempat tidor.Apalagi selepas solat isyak aku pun tidor...Keesokan hari adik iparku telah datang membawa babynya yang baru berusia 42 hari...comel,putih melepak rambutnya kerinting macam abah dia he...Pada hari Ahad kami sekeluarga telah merancang untuk ke Teluk Batik..Seronok juga mandi laut ni.Masin airnya....Anak2 aku sungguh seronok main air,maklum la cuti sekolah bukan selalu dapat peluang macam ni.Setahun sekali..Sampai petang juga berendam dalam air,kemudian kami pulang...Pada keesokan harinya (Isnin) kami pun merancang untuk pulang ke Segamat....Selepas solat zohor kami bertolak...Tiba di KL kami tersalah masuk lorong apalagi berputar la mencari tol keluar masuk tol balik.Kemudian tersilap masuk lorong lagi huh ke damansara...Keluar tol pastu masuk balik...Bukan apa petang x nampak jalan, cahaya matahari sungguh menyinar....Dugaan..Sabar je la.Suamiku bawak kereta memang laju,habis semua kereta dia potong.Mula2 mata ni x dapat tido tengok dia bawak laju sangat,lama kelamaan terlena juga aku.Sampai umah jam 10.30 malam..Alhamdulillah selamat...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
seronok ek..ada kg nuuuuun jauh.....dpt jln2...
BalasPadamgosok jangan tak gosok.. gosok jangan tak gosok.
BalasPadamgosok apa agaknya tu...he
BalasPadammemang best dapat jalan jauh..jalan je jauh tapi x la ke mana2 hanya umah mentua..
BalasPadam