Selasa, 29 Disember 2009

Cemerlang pasangan suami isteri

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Tips komunikasi cemerlang pasangan suami isteri.


1.Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.

2.Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.

3.Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.

4.Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.

5.Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati

6.Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.

7.Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.

8.Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.

9.Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.

10.Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan Indah

Cuti cuti Malaysia