Jumaat, 19 Februari 2010

Adab membaca Al-Quran


  1. Disunatkan membaca al-Quran selepas berwuduk dan dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.
  2. Mengambil al-Quran dengan tangan kanan. Sebaik-baiknya memegangnya dengan kedua-dua belah tangan.
  3. Disunatkan membaca al-Quran di tempat yang bersih seperti di rumah dan surau. Paling utama di masjid.
  4. Disunatkan membaca al-Quran menghadap ke kiblat. Membacanya dengan khusyuk dan tenang.
  5. Ketika membaca al-Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca al-Quran bersihkan mulut dan gigi terlebih dulu.
  6. Sebelum membaca al-Quran disunatkan membaca ta?awwudz yang berbunyi: A?udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dulu perlindungan Allah, supaya dijauhi daripada pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang pada waktu membaca al-Quran.
  7. Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta?awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya hatinya menjadi terang. Doa itu bermaksud: ?Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.?
  8. Disunatkan membaca al-Quran dengan tartil iaitu dengan bacaan yang perlahan dan tenang.
  9. Bagi yang sudah mengerti maksud ayat al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran ayat yang dibacanya. Cara pembacaan seperti ini yang dikehendaki iaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memerhati dan memikirkan maksud yang terkandung dalam ayat yang dibaca. Dengan itu, ia akan sampai kepada hakikat sebenarnya iaitu membaca al-Quran serta mendalami isi dalamnya.
BACALAH ANDA SEMBELUM ANDA DIBACAKAN DENGAN ALQURAN DAN YASSIN

1 ulasan:

  1. tayammum pulak lepas ni? ceritakan sikit pasal tayammum di dalam kapal angkasa. macam dr muzaffar. boleh?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan Indah

Cuti cuti Malaysia