Pertama: Membaca     Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
   
              Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
   Ertinya:” Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali,  Allah     bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat  sepuluh kali     kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.      Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku  seratus     kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari  nifak     dan kebebasan dari neraka.  Pada     hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati  syahid”.     [Riwayat At-tabrani].
             Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan  salawat     dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada  Rasulullah     Sallallahu Alaihi Wasallam.
             Kedua:  Bertaubat:   Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan     Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
             Ketiga:  Berpuasa:  Kita  Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa  pada     bulan Rejab.
             Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh  Al-Baihaqi.       
             Keempat:  Berdoa :      Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula  pada     bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.  Bulan     Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang  sentiasa     merindui pahala besar.
             Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab  baginda     berdoa dengan doa berikut:  Maksudnya:      “Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban  serta     sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
             Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang  mempunyai     banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah  dan     melakukan amal jariah yang lain.  Allah     Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi  mengampunkan     dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita  kepada Allah     Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita     mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan  dan     kebahagian di dunia dan di akhirat.
              Firman     Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat     8:  
   Tafsirannya:      “Wahai     orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan  bertaubat     nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan  kesalahan-kesalahan kamu     dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya  beberapa     sungai”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan