Selasa, 8 Februari 2011

Hujan Lebat

Pagi Sabtu macam biasa aku akan ke UTM Skudai...Hampir jam 5 pagi aku bangun..Janji ngan kawan jam 5 bertolak.Macammana boleh x sedar.Jam locengku x berbunyi rupanya.Hp suamiku yg berbunyi jam 5 pg.Aku bergegas kemas.masa tu x hujan.Tapi sebelum tu Jumaat dah hujan.Nasib baik kawanku kata jam 5.15 pg dia sampai.Jadi ada la masa utkku bersiap.Dalam perjalanan hujan mula turun.Aku pandu macam biasa.Tiba di Labis kami berhenti utk solat subuh.Hujan begitu lebat sekali.Selesai itu kami teruskan perjalanan dan tiba dengan selamat.Kami belajar seperti biasa.Esok ada kelas jadi kami bermalam di rumah u di UTM.Hujan x berhenti lagi.Agin begitu kuat sekali.sungguh menakutkan bunyi angin..Kami dan rakan2 mula rasa seram dan takut.Tapi kami tawakal..Malam hujan begitu lebat sekali.Pagi esoknya juga hujan lebat.Sehingga kami habis kelas hujan x berhenti lagi.Aku dapat berita Labis x boleh lalu,begitu juga Segamat.Aku telah mengambil keputusan untuk bermalam di rumah ibubapaku di Air Hitam.Sepanjang ku berada di Air Hitam aku sentiasa mengikuti perkembangan banjir di Berita TV dan kawan2 yg berada di Segamat.Bila dapat tau banjir sudah surut aku pulang ke Segamat setelah 4 hari tidak pulang ke rumah.Sepanjang perjalanan masih ada lagi rumah yg ditenggelami air.Aku bersyukur kerana rumahku berada ditempat yg tinggi.Subhanallah di bandar Segamat rel2 kereta api terangkat dan batu2 bertaburan di jalan raya.Jalan raya rosak sama sekali.Aku asyik terlanggar lubang saja.Bank2,kedai2 rumah2 habis semua barang rosak.Sungai Segamat sangat dalam...Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumahku..

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan Indah

Cuti cuti Malaysia