Isnin, 27 Ogos 2012

Syukur Ke hadrat Ilahi..

Terima kasih Ya Allah atas segala kurniaanmu.Moga bertambah lagi rezekiku sekeluarga.Hari ini sudah 10 Syawal 1433...Syukur sangat2 kerana diberi kekuatan unutk meneruskan hidup ini moga bertambah nikmatnya hidup ini begitu juga di akhirat kelak.Walaupon pelbagai dugaan yang melanda moga aku tabah menghadapinya...Beberapa hari sebelum Syawal menjelang tiba kami diduga oleh Allah,iaitu kami kehilangan sebuah motosikal..Motosikal itu seperti biasa diletakkan didalam garaj rumah.Apabila aku selesai bersahur aku melihat suasana luar rumah.Aku terkejut apabila aku dapati pintu pagar rumah ku terbuka dan motosikal sudah tiada,Pada waktu itu jam 5.30 am.Sehingga kini ia tidak dapat kembali.Laporan polis sudah dibuat tetapi nak buat macammana mungkin pencuri yg tak berakal itu sudah menceraikan badan2 motosikal dan menjualnya.Aku Rehda dengan ketentuan Allah.Kini sukar bagi kami untuk menghantar anak ke sekolah.NAmun bersyukur kerana ada kenderaan lain....Insya Allah jika ada rezeki lebih kami ingin membeli motorsikal baru.Moga dipermudahkan segalanya....

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan Indah

Cuti cuti Malaysia