Selasa, 8 November 2011

Insan bernama guru...

Setiap hari aku akan bersiap-siap untk ke sekolah...Jam 2 petang mesti dah ada di sekolah.Aku ke sekolah dengan menaiki kereta.Biasalah aku akan drive sendiri.Tugasku bermula jam 2 petang ,mendidik anak murid tahap satu antara umur 7 hingga 9 tahun.sehingga jam 3.30ptg.Sesi kedua bermula jam 3.30 hingga 6.30 bagi murid tahap dua pula.antara umur 10 hingga 12 tahun..tapi ada juga pelajar yang sudah berumur 13 hingga 14 tahun.

Macam2 pristiwa ku alami sepanjang tugasku sebagai guru.Ada pahit dan ada yang manis..Di sini saya ada satu cerita dimana masa tu tahun 2009..Ada seorang pelajar namanya Mohd *****....memang nakal biasala budak2...suatu hari tu aku terlihat dia main2 di perpustakaan..jadi aku pon marah dan ingin mencubitnya...malangnya hanya kena pada bajunya...dia berlari pantas sehingga menyebabkan dia terlanggar aku lalu ku jatuh....tidak semene-mena tiba2 kakiku sakit..aduh....tuhan sahaja yang tahu sakitnya...kakiku terkehel..aku meminta bantuan kawanku untuk megurutnya.

Namun ia tidak mengurangkan kesakitanku..aku menahan kesakitan.Lantas ku terfikir untuk ke klinik.Aku menelefon suamiku,meminta ia mengambilku di sekolah dan menbawaku ke klinik..Didapati kakiku memang terseliuh..Doktor hanya bagi ubat tahan sakit dan cuti 2 hari...Di rumah aku kesakitan lagi..aku x dapat berdiri dan berjalan betul.Sakitnya nak solat pon payah...Aku berurut di merata tempat..Akhirnya kakiku sembuh kembali setelah sekian lama menahan sakit...di sekolah pelajar itu dikenakan denda oleh guru lain.

Selepas kejadian itu ia tidak hadir ke sekolah beberapa minggu..Tahun hadapannya aku menjadi guru kelas dia.Kenakalan dia tetap ada,biasa la lelaki ego...Bila tiba waktu nak periksa UPSR dia datang kat aku,dia salam aku dan mohon ampun...X mengapa lah aku ampunkan.Mudah-mudahan dia menjadi insan berguna...Amin...

Begitulah menjadi seorang guru,macam2 dugaan yang akan ditempuhi..



~Selamat Memuliakan Guru, Menghargai Jasa dan bakti guru~

2 ulasan:

  1. tak pelah.. kita buat aje dengan ikhlas.. jangan pikirkan apa yang datang dan pergi. rasakan ia sebagai tanggungjawab maka ia selesai..

    Setiap guru pernah jadik murid dan setiap murid tak semesti menjadi guru.

    Guru hanya satu tugas. Seperti garu. Tugas kuku adalah menggaru tempat yang gatal. Dah tak gatal maka tak digaru. Tapi bila kuku dah panjang maka ia kena potong. Supaya kuku tak cederakan kulit.

    Itu adalah kiasan yang paling sesuai untuk guru.

    BalasPadam
  2. kiasan yang sangat menarik dan menggelikan hati haaaaa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenangan Indah

Cuti cuti Malaysia